Ada sebuah masalah, satu banyak-banyak. Dua, sedikit-sedikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, Kadang-kadang. Apa dia?? Hahahahaha.. Tiba-tiba teringat teki-teki dari filem P. Ramlee, Nujum Pak Belalang. Ya, jawapan dia K.A.H.W.I.N.
Sepanjang tempoh sebelum bergelar isteri orang, memang agak sibuk dengan freelance, dengan study dengan nak buat persiapan. Tapi itu semua kenangan yang terhebat dalam hidup aku. Seronok, bila teringat balik.
Back to story, aku memang seorang yang agak gigih dan cerewet sikit. So, aku dengan semangat dan rajin mendapat idea baik DIY jee dulang hantaran. Puas hati satu hal, ikut kehendak hati satu hal lagi. Paling best JIMAT lerrrr.. Hahaha.. Disebabkan husband aku pon minta buatkan dulang hantaran dia sekali, makanya aku pun dengan slumber minta pertolongan seorang sahabat baik lagi cantik dan manis. Huhuhu so hasil kerja dulang ni totally idea dan air tangan kami berdua. Terima kasih Kak Dila banyak membantu kita. SAYAANNNGGGGG Kak Dila.. Hehehe..
Konsep dulang ni, hmmmm entahlah maybe dark + english garden style?? hahahaha.. Main gedebow je aku ni. Banyak juga kedai yang disinggah dan survey. Nak buatnya sehari pon boleh siap dalam 6 - 7 dulang, masalahnya nak mencari bahan, bunga dan gayo-gayo ni haaaaa itu tak kena, ini tak kena. Ramai orang sarankan beli barang kahwin kat Nilai 3. Aku beli dulang je kat Nilai 3 tu, bahan-bahan yang lain aku beli sekitar KL (sri gombak, wangsa maju dan chowkit) dan Shah Alam. Memang gigih laa. Hasilnya aku memang puas hati dan boleh dikatakan berbangga.
Hantaran majlis aku adalah 5 - 7. Konsep dan tema kami sama cuma yang membezakan warna bunga sahaja. Tak kisah la, yang penting jimat yee dakk??
Design hantaran dari pihak lelaki
Design hantaran dari pihak perempuan.
Aku juga buat bantal nikah sendiri. Memang sejenis gigih.. Hahahaha. tapi puas hati dan end up setel majlis bantal tu dah jadi bantal letak kat ruang rehat ruma untuk baring-baring sambil tengok tv. Perghhhh selesa dan besau.
Bantal aku beli di AEON, time tu kebetulan AEON buat promotion so satu bantal harganya RM 25 yang harga asalnya RM 55. Cepat-cepat aku grab dan bayar terus di kaunter. Kemudian kainnya aku beli di Nagoya Textiles, semeter 3 ringgit. Aku amik kain yang murah je, tapi pada aku kain tu pon dah cukup baik dan tahan. So, aku beli dalam 8 meter sebab bantal aku agak besar. Setel di nagoya, aku singgah di kedai kahwin dalam AEON Big Wangsa Maju. Aku beli renda dan labuci untuk digantung hujung bantal. Seperti biasa tema aku, dark + silver. Hohoho oleh kerana aku seorang pengantin perempuan yang rockers. Kah3x. Bila setel shopping apa lagi. Keluarkan mesin jahit, dan mula laa jahit. Bantal mengambil masa dua hari sebab leceh nak jahit sembat untuk renda. Tapi disebabkan gigih aku jenuh juga laa refresh balik apa yang aku belajar waktu zaman sekolah dulu. Ye laaa apa guna belajar subjek Kemahiran Hidup waktu sekolah dulu pastu lupa. Hahahahaha.. Terima kasih laa kepada guru KH ku. Kui3x
Ni waktu pembatalan air sembahyang gitcheww..















No comments:
Post a Comment