Monday, 15 February 2016

Resepi Roti Jala dan Kari Ayam sedap dan senang.

Semalam semua berkumpul kat rumah mertua sebab nak sambut hari jadi anak buah dan kakak ipar. Request dari Mr. Husband kita, dia minta kita buat roti jala cicah kuah kari ayam untuk bawa ke rumah mertua.. Alamak!! Hahahaha.. Seriously tak pernah masak roti jala dan kuah kari. Selalu maa yang buat, aku tukang menjala, gulung roti jala dan kemudian tukang melahap laa. So dengan gigihnya aku msg maa mintak resepi. Dapat jee terus pergi kedai beli semua barang. Kisahnya acuan menjala pula habis area syeksyen 7 Shah Alam ni.. OMGeeeee.. Hahahahaha.. Dan aku terus call husband minta tolong cari acuan tu. Alhamdulillah dia balik dengan kejayaan dapat membeli acuan tu.. Hahahaha. Dia kata jenuh juga nak cari, orang semua tengah demam roti jala ke semua acuan kat kedai banyak habis. Hahahahaha.. So dah siap bahan-bahan mula laa operasi aku. Tapi aku start masak pagi esoknya sebelum bergerak ke rumah mertua.

Bahan-Bahan Kari Ayam

Ayam dipotong kecil-kecil
Kentang dipotong dadu
Bawang Besar, Bawang Merah dan Bawang Putih
Halia
Daun Kari
Serbuk Kari
Rempah (Buah pelaga, Kayu Manis dan Bunga Cengkih)
Santan
Garam
Gula
Asam Keping

Aku tak pandai nak kira macam mana. Semua bahan aku agak-agak dan remind balik macam mana maa masak. Hahahahaha!!! Maa aku pon tulis resepi siap kata *semua bahan agak-agak sendiri. Konsepnya aku pon agak-agak laaa..

Cara-cara


  • Minyak agak-agak dengan kadar nak tumis bawang dan halia. Bila minyak dah panas, masukkan bawang, halia dan rempah. Tumis sampai naik bau.
  • Kemudian masukkan serbuk kari dan air sedikit supaya serbuk kari tidak berketul. Tumis sampai pecah minyak. (pecah minyak ni apabila minyak dah berkumpul di atas). Tumis dengan api yang kecil yee, kita nak rempah tu masak baru sedap. Nyummm nyummm..
  • Selepas itu, masukkan kentang dan daun kari. Kalau adunan rempah kering tambah sedikit air. (sikit jee jangan nak gedik-gedik tambah banyak-banyak)
  • Biarkan dalam 5 minit, kemudian masukkan ayam. Gaul sampai ayam kecut sedikit. Barulah masukkan santan. (Ahaaaaaa mana yang newbies macam aku jangan main campak je, letak sikit-sikit kemudian rasa, agak-agak rasa dah macam lemak santan tuu cukup ok done. Jangan nak tambah-tambah lagi santan tu yee.) Sedap pakai santan perah sendiri laa, tapi kaedahnya mana aku nak cari santan perah sendiri waktu petang (pasar basah pon dah tutop), iolsss beli santan kotak je lerr.. Hahahaha.
  • Dah tambah santan, tambah air mengikut sukatan. (biasanya orang tua kata benda berkuah ni sukatan dia paras-paras atas lauk tu, which means jangan melimpah laa senang cerita.)
  • Biarkan ayam masak, selepas itu campak asam keping, garam dan gula. (rasa laaa ikut cerita rasa uolss macam mana ye.) Haaaaa dah siap!!!!


Setel buat kari, now kita buat roti jala yang lembut dan sedap pula. Hahahahaha!!! Yang ni paling senang nak buat.

Bahan-bahan Roti Jala

Tepung gandum 3 cawan
Telur sebiji
Minyak masak 2 sudu
Santan (tambah air sedikit dalam santan)
Air 3 cawan
Pewarna kuning/kunyit. (kalau pakai kunyit jangan banyak sangat yee agak-agak warna dah cantik cukup).
Garam

Kaedahnya, masuk semua bahan dalam blander. Kemudian apa lagi, tekan suis blender laaa sampai sebati. Hahahahaha!!! Senang dan pantas sekali. Nak tahu adunan roti jala tu ok ke x, amik acuan tuang kalau adunan mengalir elok.. Haaaa elok la tuu.. Bila goreng kejap jeee.. xpayah terbalik-balikkan. Okay semua??


Inilah hasilnya. Dah siap so apa lagi bergegas laaa ke rumah mertua. Aku mengambil masa sejam juga laaa nak siap.. Renyeh nak menjala ye laa pan masak ada sebuah.. Hahahahaha!!!! So enjoy yeee korang.

Saturday, 16 January 2016

♥ D.I.Y Dulang Hantaran dan Bantal Nikah.

Ada sebuah masalah, satu banyak-banyak. Dua, sedikit-sedikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, Kadang-kadang. Apa dia?? Hahahahaha.. Tiba-tiba teringat teki-teki dari filem P. Ramlee, Nujum Pak Belalang. Ya, jawapan dia K.A.H.W.I.N. 

Sepanjang tempoh sebelum bergelar isteri orang, memang agak sibuk dengan freelance, dengan study dengan nak buat persiapan. Tapi itu semua kenangan yang terhebat dalam hidup aku. Seronok, bila teringat balik. 

Back to story, aku memang seorang yang agak gigih dan cerewet sikit. So, aku dengan semangat dan rajin mendapat idea baik DIY jee dulang hantaran. Puas hati satu hal, ikut kehendak hati satu hal lagi. Paling best JIMAT lerrrr.. Hahaha.. Disebabkan husband aku pon minta buatkan dulang hantaran dia sekali, makanya aku pun dengan slumber minta pertolongan seorang sahabat baik lagi cantik dan manis. Huhuhu so hasil kerja dulang ni totally idea dan air tangan kami berdua. Terima kasih Kak Dila banyak membantu kita. SAYAANNNGGGGG Kak Dila.. Hehehe..

Konsep dulang ni, hmmmm entahlah maybe dark + english garden style?? hahahaha.. Main gedebow je aku ni. Banyak juga kedai yang disinggah dan survey. Nak buatnya sehari pon boleh siap dalam 6 - 7 dulang, masalahnya nak mencari bahan, bunga dan gayo-gayo ni haaaaa itu tak kena, ini tak kena. Ramai orang sarankan beli barang kahwin kat Nilai 3. Aku beli dulang je kat Nilai 3 tu, bahan-bahan yang lain aku beli sekitar KL (sri gombak, wangsa maju dan chowkit) dan Shah Alam. Memang gigih laa. Hasilnya aku memang puas hati dan boleh dikatakan berbangga.

Hantaran majlis aku adalah 5 - 7. Konsep dan tema kami sama cuma yang membezakan warna bunga sahaja. Tak kisah la, yang penting jimat yee dakk??


DIY kad nama untuk dulang hantaran.






Design hantaran dari pihak lelaki








Design hantaran dari pihak perempuan.

Aku juga buat bantal nikah sendiri. Memang sejenis gigih.. Hahahaha. tapi puas hati dan end up setel majlis bantal tu dah jadi bantal letak kat ruang rehat ruma untuk baring-baring sambil tengok tv. Perghhhh selesa dan besau.

Bantal aku beli di AEON, time tu kebetulan AEON buat promotion so satu bantal harganya RM 25 yang harga asalnya RM 55. Cepat-cepat aku grab dan bayar terus di kaunter. Kemudian kainnya aku beli di Nagoya Textiles, semeter 3 ringgit. Aku amik kain yang murah je, tapi pada aku kain tu pon dah cukup baik dan tahan. So, aku beli dalam 8 meter sebab bantal aku agak besar. Setel di nagoya, aku singgah di kedai kahwin dalam AEON Big Wangsa Maju. Aku beli renda dan labuci untuk digantung hujung bantal. Seperti biasa tema aku, dark + silver. Hohoho oleh kerana aku seorang pengantin perempuan yang rockers. Kah3x. Bila setel shopping apa lagi. Keluarkan mesin jahit, dan mula laa jahit. Bantal mengambil masa dua hari sebab leceh nak jahit sembat untuk renda. Tapi disebabkan gigih aku jenuh juga laa refresh balik apa yang aku belajar waktu zaman sekolah dulu. Ye laaa apa guna belajar subjek Kemahiran Hidup waktu sekolah dulu pastu lupa. Hahahahaha.. Terima kasih laa kepada guru KH ku. Kui3x



Ni waktu pembatalan air sembahyang gitcheww..