Monday, 15 February 2016

Resepi Roti Jala dan Kari Ayam sedap dan senang.

Semalam semua berkumpul kat rumah mertua sebab nak sambut hari jadi anak buah dan kakak ipar. Request dari Mr. Husband kita, dia minta kita buat roti jala cicah kuah kari ayam untuk bawa ke rumah mertua.. Alamak!! Hahahaha.. Seriously tak pernah masak roti jala dan kuah kari. Selalu maa yang buat, aku tukang menjala, gulung roti jala dan kemudian tukang melahap laa. So dengan gigihnya aku msg maa mintak resepi. Dapat jee terus pergi kedai beli semua barang. Kisahnya acuan menjala pula habis area syeksyen 7 Shah Alam ni.. OMGeeeee.. Hahahahaha.. Dan aku terus call husband minta tolong cari acuan tu. Alhamdulillah dia balik dengan kejayaan dapat membeli acuan tu.. Hahahaha. Dia kata jenuh juga nak cari, orang semua tengah demam roti jala ke semua acuan kat kedai banyak habis. Hahahahaha.. So dah siap bahan-bahan mula laa operasi aku. Tapi aku start masak pagi esoknya sebelum bergerak ke rumah mertua.

Bahan-Bahan Kari Ayam

Ayam dipotong kecil-kecil
Kentang dipotong dadu
Bawang Besar, Bawang Merah dan Bawang Putih
Halia
Daun Kari
Serbuk Kari
Rempah (Buah pelaga, Kayu Manis dan Bunga Cengkih)
Santan
Garam
Gula
Asam Keping

Aku tak pandai nak kira macam mana. Semua bahan aku agak-agak dan remind balik macam mana maa masak. Hahahahaha!!! Maa aku pon tulis resepi siap kata *semua bahan agak-agak sendiri. Konsepnya aku pon agak-agak laaa..

Cara-cara


  • Minyak agak-agak dengan kadar nak tumis bawang dan halia. Bila minyak dah panas, masukkan bawang, halia dan rempah. Tumis sampai naik bau.
  • Kemudian masukkan serbuk kari dan air sedikit supaya serbuk kari tidak berketul. Tumis sampai pecah minyak. (pecah minyak ni apabila minyak dah berkumpul di atas). Tumis dengan api yang kecil yee, kita nak rempah tu masak baru sedap. Nyummm nyummm..
  • Selepas itu, masukkan kentang dan daun kari. Kalau adunan rempah kering tambah sedikit air. (sikit jee jangan nak gedik-gedik tambah banyak-banyak)
  • Biarkan dalam 5 minit, kemudian masukkan ayam. Gaul sampai ayam kecut sedikit. Barulah masukkan santan. (Ahaaaaaa mana yang newbies macam aku jangan main campak je, letak sikit-sikit kemudian rasa, agak-agak rasa dah macam lemak santan tuu cukup ok done. Jangan nak tambah-tambah lagi santan tu yee.) Sedap pakai santan perah sendiri laa, tapi kaedahnya mana aku nak cari santan perah sendiri waktu petang (pasar basah pon dah tutop), iolsss beli santan kotak je lerr.. Hahahaha.
  • Dah tambah santan, tambah air mengikut sukatan. (biasanya orang tua kata benda berkuah ni sukatan dia paras-paras atas lauk tu, which means jangan melimpah laa senang cerita.)
  • Biarkan ayam masak, selepas itu campak asam keping, garam dan gula. (rasa laaa ikut cerita rasa uolss macam mana ye.) Haaaaa dah siap!!!!


Setel buat kari, now kita buat roti jala yang lembut dan sedap pula. Hahahahaha!!! Yang ni paling senang nak buat.

Bahan-bahan Roti Jala

Tepung gandum 3 cawan
Telur sebiji
Minyak masak 2 sudu
Santan (tambah air sedikit dalam santan)
Air 3 cawan
Pewarna kuning/kunyit. (kalau pakai kunyit jangan banyak sangat yee agak-agak warna dah cantik cukup).
Garam

Kaedahnya, masuk semua bahan dalam blander. Kemudian apa lagi, tekan suis blender laaa sampai sebati. Hahahahaha!!! Senang dan pantas sekali. Nak tahu adunan roti jala tu ok ke x, amik acuan tuang kalau adunan mengalir elok.. Haaaa elok la tuu.. Bila goreng kejap jeee.. xpayah terbalik-balikkan. Okay semua??


Inilah hasilnya. Dah siap so apa lagi bergegas laaa ke rumah mertua. Aku mengambil masa sejam juga laaa nak siap.. Renyeh nak menjala ye laa pan masak ada sebuah.. Hahahahaha!!!! So enjoy yeee korang.